Assalamualaikum wth..
Hari ini saya nak share info tentang SENGGUGUT...Topik yang
kena pada ramai perempuan, terutama adik-adik remaja kita yang sekarang ni
memang ramai sangat kena SENGGUGUT.. Agak-agak kenapa yer ???
Pernah terfikir tak yer...kenapa orang dulu-dulu takde pon
masalah senggugut ni..cuba imbas kembali,ibu kita sendiri...senggugut tak?
takde kan.
Well..Zaman sekarang ni faktor PEMAKANAN kita adalah punca
utama kenapa remaja sekarang mudah kena senggugut.. So..untuk mengetahui punca
dan kenapa,macamna nak menggelakkan atau menggurangkan risiko senggugut...sila
lah baca info yang sy kongsikan ini...saya copy jer pon dr laman doc pakar ..
Dan lagi satu nak pesan...biasa sangat kita senggugut selalu
ambil penadol sebagai penahan sakit. ada juga yang sampai ambil injection sebab
sakit teruk sangat...Ini semua akan ada side effect jangka panjang. Tak
membantu menyembuhkan senggugut pon...hanya sbg penahan sakit. So tiap-tiap
bulan akan hadapi sistuasi yang sama juga...Adalah lebih baik puan puan cari
penawar yang boleh menyembuhkan senggugut tanpa perlu sakit kena cucuk , tido
sepanjang hari lali mkn ubat penadol..
Sebagai alternatif
untuk merawat senggugut tanpa sakit dan perlu melalui senggugut setiap
bulan, kami JMK - JUS MUTIARA KASEH mampu
menggurangkan dan menghilangkan masalah senggugut . Hanya di amalkan dua
sudu pg dua sudu mlm / satu sudu shj bagi remaja...Malah ketika period juga JMK
boleh di minum..Insyaallah bila period anda tidak akan pernah rasa senggugut
lagi ..Testimoni ??? Raamai dah...hihihiii.
Saya sertakan di bawa text ini...sambil baca dapat tengok
testimoni ... :)
APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang
sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh
wanita dibandingkan dengan semua
masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang
mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari
aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil
senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah
beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem
reproduktif saperti endometriosis.
APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang
sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh
wanita dibandingkan dengan semua
masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang
mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari
aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil
senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah
beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem
reproduktif saperti endometriosis.
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim
lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal.
Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan
tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan
kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur
terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur
boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
- rasa lenguh dan
sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang
secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu
hingga dua hari.Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan
lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko
untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut
Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut
primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di
perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan
senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran
hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tanpa ubat:
- Tekanan emosi
semasa haid boleh dikurangkan dengan
berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
- ‘Tuam’ dengan
sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal
yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian
bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
- Rajinlah melakukan
senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
* Teknik relaksasi –
Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.
Dengan Ubat:
- sekira gagal ukuran
di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan
menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’
sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor
yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah),
penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang
rendah
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan
wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan
terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim.
Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini
berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan
alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan
‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.
Senggugut sekunder
Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke
tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah
pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot
dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini
sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya
sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada
sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.
Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil
kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin
(ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan
secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis
rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan
keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti
tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui
rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih
dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan
membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada
penyebabnya. Sekira jangkitan kuman pada
system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan
menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik.
Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau
menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan
kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan,
sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.
Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist
juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk
mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan
yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti
prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di
campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa
yang panjang.
No comments:
Post a Comment