CARA MEMBUAT PEMERIKSAAN KESUBURAN
***********************************************************
Sebagai Wanita,kita di galalakkan sentiasa perihatin di dalam menjaga waktu kesuburan kita kerana dengan cara ini kita lebih mudah untuk merancang kehamilan. Kehamilan juga boleh di rancang/ di sekat dengan mengetahui waktu kesuburan dengan tepat. Check waktu subur adalah cara paling mudah dan tak perlu apa2 kos perbelanjaan bahkan kita boleh buat sendiri. Tak payah susah2 nak jumpa doktor. Kalau kita tahu cara nak check kesuburan dengan betul, mungkin peluang utk hamil tu cerah. Selain tu ia juga berguna utk sesiapa yang nak merancang keluarga tanpa ambik sebarang ubat. Di sini saya kongsikan apa yg ditulis oleh Dr.Zubaidi , pakar masalah wanita............
Kata Dr. Zubaidi sebelum membuat analisa sendiri, seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman.Cara nya ialah dengan mengambil sample Lendiran Cervical Mucus.Lendiran ini biasanya mudah didapati dan di ambil ketika dalam keadaan mencangkung.
1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.
2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.
3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.
4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.
5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.
6. Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna ‘putih telur’.
Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak apabila seseorang wanita terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari.Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.
7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.
8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.
9. Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina, atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.
Kebiasaan nya waktu subur sesorang wanita ialah dalam seminggu ke minggu ke dua selepas haid.Mengetahui waktu subur adalah sangat penting untung merancang kehamilan..
Apa pon sekiranya terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan. Namun begitu ia dapat dibantu dengan mengamalkan ekstrak Kacip Fatimah 30mg sehari, selama beberapa bulan.
Maka tidak hairan lah JUS MUTIARA KASEH sangat efektif untuk merancang dan mudah hamil . Ramai testimoni sudah mengesahkan nya..InsyaAllah berkesan.
No comments:
Post a Comment